5 Perkara Asas Tentang Majlis Pertunangan
Jika anda adalah anak yang pertama kahwin dalam keluarga atau mempunyai ibu bapa yang moden, 5 perkara ini diharap dapat membantu anda sekeluarga.
1) Agenda Majlis. Sebelum merancang majlis,haruslah ditetapkan terlebih dahulu agenda majlis pertunangan itu sendiri takut-takut majlis itu menjadi kucar-kacir. Berikut merupakan perkara yang perlu dititikberatkan sewaktu merancang majlis pertunangan :
- Tarikh & Masa. Amat digalakkan sekiranya majlis dilangsungkan sekitar 10-11 Pagi . Hal ini kerana,apabila majlis perbincangan selesai,bolehlah menyambung terus agenda dengan makan tengahari sekaligus boleh mengeratkan silatulrahim diantara kedua-dua belah sewaktu sesi makan-makan tersebut.
- Tempat. Rumah keluarga adalah antara pilihan yang baik kerana, boleh menjimatkan perbelanjaan dan sebaik-baik majlis pertunangan hendaklah dirahsiakan. Tak salah juga melansungkan majlis pertunangan didewan, tetapi kami di meja editorial sebulat suara merasakan rumah keluarga adalah lokasi terbaik untuk majlis pertunangan.
- Wakil. Bagi pihak perempuan,tetapkanlah wakil dari kalangan ahli keluarga untuk menjadi jurucakap/perantara dalam perbincangan. Berkemungkinan besar,pada majlis pertunangan ini juga,ditetapkan hal-hal yang akan datang seperti tarikh perkahwinan dan sebagainya.
- Wakil. Bagi pihak perempuan,tetapkanlah wakil dari kalangan ahli keluarga untuk menjadi jurucakap/perantara dalam perbincangan. Berkemungkinan besar,pada majlis pertunangan ini juga,ditetapkan hal-hal yang akan datang seperti tarikh perkahwinan dan sebagainya.
2) Cincin Pertunangan. Cincin adalah benda yang amat penting menunjukkan anda sudah masuk ke alam pertunangan/perkahwinan.Tak perlulah berbelanja mahal kerana lebih banyak lagi yang perlu anda sediakan.Adalah lebih baik jika anda membeli cincin ketika jualan atau anda juga boleh membeli sekali cincin untuk majlis perkahwinan akan datang.Tidak mustahil anda akan mendapat potongan harga jika membeli dalam kuantiti yang banyak.Jangan pula terlalu memilih cincin diluar bajet anda. Hendaklah ingat bahawa cincin yang mahal bukanlah faktor kekalnya sesebuah perhubungan itu.
3) Hantaran Pertunangan. - Bilangan hantaran pertunangan selalu dalam kuantiti nombor ganjil.Seperti 5 berbalas 7,7 berbalas 9, 9 berbalas 11 dan seterusnya. Tak perlu memberikan terlalu banyak hantaran kerana ianya cuma akan membuatkan anda berbelanja diluar kemampuan. Adalah lebih baik jika barangan hantaran anda itu boleh digunakan untuk majlis akan datang,contohnya : kain persalinan (boleh dijahitkan untuk pakaian pengantin) serta kasut (boleh digunakan untuk majlis akan datang).
Antara barangan hantaran yang boleh anda letakkan :
1) Sirih Junjung
2) Telekung & Sejadah *untuk perempuan @ Songkok & Sejadah *untuk lelaki.
3) Al-Quran.
4) Kain Ela
5) Manisan ( kek,coklat dan sebagainya)
6) Buah-buahan.
7) Beg Tangan *untuk perempuan @ Dompet *untuk lelaki.
8) Jam Tangan
9) Kasut
2) Telekung & Sejadah *untuk perempuan @ Songkok & Sejadah *untuk lelaki.
3) Al-Quran.
4) Kain Ela
5) Manisan ( kek,coklat dan sebagainya)
6) Buah-buahan.
7) Beg Tangan *untuk perempuan @ Dompet *untuk lelaki.
8) Jam Tangan
9) Kasut
4) Baju & Make-up - untuk lebih jimat, anda boleh pakai semula baju raya! atau boleh sewa dari butik-butik pengantin sendiri. Dan sekiranya ahli keluarga anda boleh memakai baju yang tema warnanya sama, majlis sudah tentu akan lebih meriah. Untuk tatarias (make-up) anda boleh lakukan sendiri, tidak perlu khidmat mak andam. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang pandai dalam urusan tatarias ( make-up ) bolehlah meminta bantuan daripada mereka.
5) Jamuan makan. Sebenarnya tiada peraturan dalam hal ini. Lauk campur makan tengah hari biasa pun sudah memadai