HURU HARA MAJLIS KAHWIN BILA BUAT LAST MINIT! NASIB BAIK ADA TIPS NI DAPAT URUSKAN SIKIT.
Ramai yang buat endah tak endah dengan majlis kahwin yang bakal berlansung , bila dah nak dekat baru nak sibuk itulah inilah.
Jadi saya sharekan tips persediaan awal untuk memudahkan merancang perkahwinan nanti.
6-12 bulan sebelum ( sebaiknya setahun )
1. Pastikan majlis yang bakal diadakan sesuai dengan bajet anda berdua.
2. Cuma selak majalah perkahwinan ataupun cari di internet tempat yang anda inginkan untuk melansungkan perkahwinan.
3. Anda dinasihatkan untuk menempah tempat dimana majlis persandingan akan berlangsung dengan lebih awal sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal dari tarikh majlis, kerana memang tempat selalunya fully booked. Biasanya kalau ingin menempah, pihak dewan/tempat akan menetapkan peratusan bayaran yang perlu dibayar. Biasanya 10-20% dari bayaran penuh dan semua bayaran perlu dilangsaikan beberapa minggu sebelum majlis.
4. Pilih pakej
Pakej lengkap : Dewan yang menyediakan pakej makanan, sistem audio, pelamin, hiasan dewan dan doorgift dengan harga yang berpatutan
Pakej asing : Bagi yang inginkan kelainan, anda boleh menempah dewan,katering, pelamin secara berasingan. Jangan lupa sistem audio/DJ juga.
5. Setelah mendapat tarikh,tempat majlis yang diingini, anda boleh beritahu pada ahli keluarga terdekat untuk membuat persiapan.
6. Jangan lupa tempah jurugambar perkahwinan anda, dan terdapat pakej yang sesuai dengan bajet anda.
6-8 bulan sebelum
1. Teruskan mencari pakej perkahwinan yang lebih sesuai dengan tema majlis anda. Jangan lupa tempah lebih awal :
Pakaian ( sepasang untuk majlis nikah dan sepasang untuk majlis persandingan )
Doorgift ( jika ia tidak disertakan di dalam pakej perkahwinan )
Kad perkahwinan https://www.facebook.com/maheeragroup/
Food tasting ( rasa dulu makanan yang ingin ditempah )
Senarai tetamu untuk majlis yang sesuai dengan tempahan majlis
Persiapan untuk hantaran semasa majlis nikah/sanding
Solekan/mekap semasa majlis pernikahan dan persandingan
Cincin perkahwinan
Tema perkahwinan dan baju tema untuk kedua-dua belah pihak ( jika ada )
Doorgift ( jika ia tidak disertakan di dalam pakej perkahwinan )
Kad perkahwinan https://www.facebook.com/maheeragroup/
Food tasting ( rasa dulu makanan yang ingin ditempah )
Senarai tetamu untuk majlis yang sesuai dengan tempahan majlis
Persiapan untuk hantaran semasa majlis nikah/sanding
Solekan/mekap semasa majlis pernikahan dan persandingan
Cincin perkahwinan
Tema perkahwinan dan baju tema untuk kedua-dua belah pihak ( jika ada )
2. Pastikan setiap tempahan disertakan bukti bertulis ( resti ) dan jangan lupa simpan di tempat yang baik.
3. Jika lokasi majlis agak jauh untuk dihadiri ahli keluarga dan rakan, jangan lupa beri suggestion tempat penginapan untuk mereka dengan lebih awal.
4. Jangan lupa daftarkan diri untuk menghadiri kursus pra perkahwinan. Ia diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.Sijil kursus tu penting tau!
5. Jika majlis diadakan di rumah, pastikan :
Meja dan khemah yang disediakan cukup
Minta izin yang pihak berkuasa untuk menggunakan jalanraya ( jika ingin menutup jalan )
Saiz pelamin yang digunakan sesuai dengan ruang yang ada di rumah.
Peta yang lengkap di jemputan perkahwinan
Meja khas untuk pendaftaran tetamu, ruang manisan atau ruang memori mengambil gambar ) ( jika ada )
Minta izin yang pihak berkuasa untuk menggunakan jalanraya ( jika ingin menutup jalan )
Saiz pelamin yang digunakan sesuai dengan ruang yang ada di rumah.
Peta yang lengkap di jemputan perkahwinan
Meja khas untuk pendaftaran tetamu, ruang manisan atau ruang memori mengambil gambar ) ( jika ada )
3-5 Bulan Sebelum
1. Pergi ke Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing untuk mengisi borang perkahwinan. Berikut kami kongsikan prosedur untuk lelaki /wanita ( JAIS )
2. HIV/Aids test di Klinik/Hospital Kerajaan dan juga Klinik/Hospital Swasta yang terpilih.
3. Anda boleh mula mengedar kad perkahwinan ataupun membuat page jemputan perkahwinan di laman Facebook
1 Bulan Sebelum
1. Anda boleh cuba fitting baju perkahwinan untuk memastikan keselesaan.
2. Pastikan tempat, doorgift, senarai tetamu, pelamin sudah dibayar dan sekali lagi, jangan lupa ambil resit atau bukti pembayaran.
3. Pastikan sijil kursus pra perkahwinan, borang permohonan berkahwin telah dilengkapkan.
4. Jangan lupa tempah tok kadi ( biasanya ada di setiap kawasan tempat tinggal atau boleh berjumpa dengan orang surau/masjid berhampiran )
5. Jangan lupa hantar borang cuti pada majikan anda.
1 Minggu Sebelum
1. Pastikan semuanya berjalan lancar ( jika perlu, telefon katering,dewan, pelamin, mekap dan sebagainya untuk mengelakkan masalah kelak semasa hari pernikahan/persandingan )
2. Periksa cuaca pada hari berlangsungnya majlis supaya boleh membuat persiapan jika berlaku perkara yang tidak diingini.
Jika bermanfaat bagi anda Share kepada orang lain supaya bermanfaat bagi orang lain.
jangan lupa like page kami https://www.facebook.com/maheeragroup/