'Duit Hantaran Tu Bukan Lelaki Saja Perlu Fikir' - Pesanan Buat Gadis Yang Mahu Kahwin

Bila bercakap soal kahwin, pastinya macam-macam benda akan bermain di fikiran. Yelah, orang kata kahwin ni kalau boleh nak sekali saja seumur hidup, jadi mestilah nak pastikan ia adalah yang terbaik, kan?

  • Tetapi untuk menjadikan ia yang terbaik, kedua-dua belah pihak, sama ada pihak lelaki atau pun pihak perempuan perlulah bertolak-ansur dalam segala hal. Pastikan kedua-dua pihak bersama-sama merancang hari bahagia mereka itu nanti dan sama-sama cari duit.

    Tidak perlu berbelanja besar dan melampau untuk majlis perkahwinan anda itu nanti. Cukuplah sederhana tetapi meriah dan diingati.

  • "Hantaran tu, bagi pihak lelaki saja yang fikir. Itu tanggungjawab lelaki."

    Mula-mula dulu saya terpengaruh dengan statement macam ni. Bagi saya, 'eh kau nak aku, kau usahalah kumpul duit!'. Sebab saya fikir nak kahwin mudah. Duduk atas pelamin, tengok orang makan, senyum sana sini depan kamera dan salam tetamu yang datang. Cukup!
    (Karangan sangat panjang. Teruskan membaca kalau nak kahwin cepat )

    Empat bulan kenal suami saya dan saat tu saya berniaga online. Dalam tempoh empat bulan tu saya niat macam-macam. Nak pelamin itu ini. Baju itu ini. Katering itu ini. Doorgift pompompom. Semua saya bagitahu suami. Suami iyakan saja.

    Saya selalu tanya, 'abang dah kumpul duit?'. Dia angguk sambil senyum. Lepastu dia belanja makan. Bahagia sangat kan? Asyik makan kena belanja. Saya bahagia buat angan macam-macam untuk majlis perkahwinan saya nanti. Seumur hidup sekali kot!

    Dan, masuk bulan ke lima. Saya bertunang. Dapat duit gaji dari kerja niaga jual online sendiri. Dapat pegang hasil titik peluh sendiri. Sebulan penat kerja. Satu hari saya terfikir, penatnya kerja. Dapat duit gaji bayar itu ini.

    Saya terfikir pasal suami. Dia kerja  tak sama macam saya. Saya hanya duduk rumah sambil minaga online jer. Dia balik petang (office hour). Komitmen sama. Ada family. Sama seperti saya. Bahkan, dia ada komitmen lain nak bayar kereta dan kumpul duit sebab nak kahwin dengan saya. 

    Tiba-tiba,saya rasa kejam sangat sebab saya bebankan dia nak fikir tentang saya. Sedangkan yang nak nikah, saya dan dia. Kenapa perlu saya bebankan dia seorang? Bukankah perkahwinan itu perjuangan dua insan. Kenapa di permulaan perjuangan hanya dia berjuang? Saya sedar dan semakin sedar.