7 TIPS PEMILIHAN BAJU PENGANTIN
Jadi admin share sikit tips pemilihan baju ni ,supaya korang yang dah nak berkahwin tu tak pening sangat ,ini tak sampai kemurungan memilih baju pengantin.hehe
Bagi lelaki yang sudah berkahwin ,tarik nafas panjang sebelum membaca.Jangan sampai pasangan ada kat sebelah ,bukan apa takut dia ingat kita nak cari yang lain.karang terbang pulak periuk kat kepala .hehe gurau jer..
1.TETAPKAN WARNA DAN TEMA
Okey yang pertama sekali mestilah kita tetapkan apakah tema majlis perkahwinan kita ,sebab apa?. Bila kita dah tetapkan tema proses untuk mencari baju lebih mudah dan jimat masa.
Tetapkan tema anda, sebagai contoh anda memilih tema ENGLISH STYLE jadi anda sudah tahu bagaimana untuk mencari tema tersebut.Betul ke Betul? ,Anda perlu mencari Blazzer untuk lelaki manakala Blouse untuk perempuan. tak payah pening2 nak cari baju melayu betul tak?
Jadi tetapkan tema anda,supaya lebih mudah untuk mencari baju pengantin anda.Tema paling best adalah superhero Yang lelaki pakai baju Superman ..hehehe
Tema Bollywood
Tema English
2.SAMA DENGAN PASANGAN
Okey yang kedua ,hendaklah sama dengan pasangan anda ,Pernah tengok pasangan pengantin baju lain2? Contohnya yang lelaki baju OREN manakala perempuan baju warna Merah.. Ada tapi tak banyak.
Jadi pemilihan warna yang sama akan menjadikan pasangan nampak lebih cantik.
Pemilihan warna yang sangat mudah adalah Base warna putih dan Hitam ,sebab apa? 2 warna ini boleh bercampur dengan warna apa2.
Sebagai contoh baju pengantin perempuan berwarna merah manakala pengantin lelaki bewarna hitam iaitu berbaju blazzer matchingkan dengan tali leher bewarna merah.Mudahkan?

3.KENA DENGAN WARNA KULIT
Apabila sebut pasal warna kulit memang agak sensitif bab ni.Tapi kita bagi tips supaya time atas pelamin kita tak nampak lain dari yang lain.
Maksudnya jika kita berkulit gelap ,pilihan yang sesuai adalah baju yang berwarna gelap juga ,sebab kalau kita kenakan pakaian berwarna terang ,akan memberi reflek yang sangat dashat pada warna kulit kita ,jika kita berkulit cerah kenakan warna yang cerah supaya kelihatan lebih cerah daripada lampu ,hehehe
Untuk pemilihan warna supaya kita nampak sedikit kurus ialah warna gelap ,seperti hitam dark blue dan sebagainya.
4.DAPATKAN KATA SEPAKAT
Dalam memilih pakaian ni ,kadang - kadang kita sampai kecilkan hati orang lain ,yang penting salah seorang mesti mengalah.Biasanya yang lelaki memang akan mengalah punya..heheh itulah yang dikatakan "the power of women" bukan takut , tapi mengalah.Sebab perempuan ni dia sangat sensitif dan lembut.
Jadi pilihlah bersama dan pastikan tiada yang berkecil hati ,nanti atas pelamin muka masam jer.
5.TEMPAH AWAL
Kadang2 terlalu sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak menempah baju pengantin.Jadi admin cadangkan kalau ada free jer terus pergi pilih dan tempah ,bukan apa abang kakak oi ,takut masa atas pelamin terpaksa pakai baju tshirt nanti.
Waktu yang paling sesuai untuk tempah adalah 6 - 4 bulan awal.
6.JANGAN TERLALU "OVER"
Kadang - kadang ada pasangan yang nakkan nampak sangat lawoo masa kahwin.Boleh ,nak lawa dan cantik janganlah pilih pakaian yang terlalu "over" sangat.Sebab kalau kita pilih pakaian yang terlalu over sangat tu yang kadang2 nampak macam alien, heheh gurau jer.
Jadi pilih lah baju yang simple tapi nampak cantik ,takpayah lah cari baju yang macam angkasawan tu ,nanti jemputan terasa macam kat bulan pulak.
7.TUNGGU
Ini adalah point paling penting sekali dalam topik ni,Tunggu ,Kenapa dengan tunggu?
Kadang2 ada yang beli baju pengantin siap dengan tema dan warna yang cantik, kalau tengok pun memang cantik giler lah.Tapi...haaaa ada tapi dia. Tempah baju punya cantik tapi pasangan belum ada..heheheh , belum ada jodoh katanya.Jadi bagi orang macam ni ,Tunggu dan usaha ,jangan tunggu je, memang tak sampai. Saya doakan sesiapa yang belum ada jodoh akan berjumpa dengan jodoh yang sesuai dengan dia ,bagi yang dah kahwin jika jodoh anda ada nak buat cawangan lain ,silakan.Bukan tak boleh , tapi mintalah persetujuan dari isteri yang pertama.
Okey itu saja tips yang admin nak kongsikan ,jika tuan/puan ada cerita yang nak dikongsikan berkaitan majlis perkahwinan anda boleh hantarkan cerita anda ke kami melalui email di maheera.hq@gmail.com
Jika tips ini bermanfaat boleh share kepada orang lain, supaya orang lain juga dapat manfaatnya.
TQ
https://www.facebook.com/maheeragroup/









