5 TIPS PEMILIHAN TARIKH YANG BETUL UNTUK MEMBERI IMPAK YANG BESAR KEPADA PERKAHWINAN
Kepada semua bakal pengantin saya nak share sikit tips2 untuk memilih tarikh majlis perkahwinan.
Jadi lepasni tak payah pening2 pilih tarikh yer.
1.PILIH WAKTU SEKOLAH BERCUTI
Sebab apa kena pilih waktu sekolah bercuti?
Kalau kita pilih waktu sekolah bermula komfom ramai tak boleh datang sebab alasan biasa keluar dari mulut adalah anak bersekolah,jadi cari lah tarikh masa sekolah bercuti
2.PILIH WAKTU KEBANYAKAN ORANG BERCUTI
Tarikh pilih dah cantik waktu budak cuti sekolah tapi tarikh yang dipilih dalah waktu orang sibuk bekerja,lagi pening beb.Takkan nak suruh budak sekolah jer datang?habis mak ayah diaorang?.Pilihlah tarikh yang sesuai macam Hari sabtu dan Ahad
3.PILIH TARIKH YANG SENANG NAK INGAT
Sebab apa pilih tarik senang nak ingat?sebab nanti nak sambut ulangtahun perkahwinan senang. Contohnya 1/1, 2/2 ,3/3 ,4/4 dan seterusnya
(PERINGATAN KEPADA LELAKI:Perempuan kalau boleh nak Lelaki ingat semua tarikh yang bermakna bagi dia walaupun bagi kita tak penting ,Tarikh beli baju pengantin pun kalau boleh dia nak kita ingat.)hehehe
4.PILIH TARIKH TIME HARI PERAYAAN TERTENTU
Pemilihan tarikh untuk hari perayaan adalah cara yang bagus sebagai contoh Tarikh perkahwinan saya sama dengan MERDEKA iaitu 31 ogos...jadi senang ingat time merdeka jer ulang tahun perkahwinan kita.Nak lagi bagus pakai kalendar islam sambil tu kita boleh ingat tentang tarikh penting dalam islam.Jangan pulak pergi pilih tarik 1 syawal memang orang semua sibuk nak beraya. Hehehe
5.PILIH TARIKH AWAL/AKHIR BULAN
Pemilihan tarikh untuk awal/alhir bulan adalah sangat berkesan kerana kita sentiasa akan senang ingat tarikh permulaan dan akhir.Sebagai contoh esok merupakan 1 Oktober dan merupakan permulaan bulan oktober apa yang akan berman difikiran anda jika tarikh tersebut merupakan ulangtahun perkahwinan anda? Mesti fikir taknak balik rumah kan?sebab hadiah tak beli lagi.heheh Gurau jer
Dan dengan pemilihan tarikh awal/akhir dan bulan kebiasaannya adalah waktu orang dapat gaji betul ke betul?Jika dah ada anak yang sudah bekerja ,apalagi? hehehe Faham2 sendiri lahh...
Itu sahaja untuk 5 Tips cara pemilihan tarikh.

Share jika bermanfaat untuk anda dan orang lain